Thursday 16 May 2013

Hobi saya melancong!

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi,

Saya mulakan posting kali ini dengan ucapan Alhamdulillah atas pendaftaran syarikat terbaru kami iaitu Al Syifa Global Adventures. sebenarnya kami nak namakan sebagai Al Syifa Travel & Tours tp pegawai di SSM kata perkataan TRAVEL & TOURS dilindungi oleh kementerian pelancongan. entah betul entah tidak hahaha saya pon terpaksa ambil masa 10 minit utk pilih nama baru . maka wujudlah AL SYIFA GLOBAL ADVENTURES.

Ok , perkara kedua ialah sy akan menceritakan semua aktiviti pelancongan yg saya lalui sepanjang 2010 - 2013 ini. baru 3 tahun pandai jalan2 sebagai ganjaran penat berniaga ;-)

sy senaraikan semua tempat yg telah sy pergi dan akan pergi utk 3 tahun ini. Dulu sy banyak habiskan berjalan-jalan di sekitar Malaysia la ni dah pandai sket ke luar negeri kerana Air Asia tawarkan tiket yg murah giler. so rajin2 baca blog sy utk tawaran yg menarik.

Antara tempat yang best saya lawati adalah seperti berikut:

Tanah Tinggi
1. Cameron Highland ( masih sejuk kalau hujan haha kalau malam bertambah sejuk)
2. Genting Highland ( sejuk biasa2 + mahal dan bosan sket )

3. Fraser Hill ( erkk sejuk sebab hujan aritu  tp jalannya perghhhh )
4. Bukit Tinggi ( menarik utk family sbb tempat terhad )
5. Gunung Jerai ( boleh la gi jalan2 , pokok periuk kera bersepah2 dan alam buniah wowo)

Pulau
1. Pulau Pinang ( hahaha tempat saya study ni haahaha nasi kandar terbaik )
2. Pulau Langkawi ( belanja agak tinggi sila bawak duit byk2 )
3. Pulau Kapas ( pulau tercantik yg pernah sy pergi, pasir pantai halus mulus!
4. Pulau Pangkor ( pon best first time main jet ski kat sini. )

5. Pulau Kazambo ( muauahau ni pulau latihan )

Shopping
1. Padang Besar Perlis ( boleh pergi murah tahap gaban kerana barang Thailand)
2. Rantau Panjang ( erkk boleh la utk beli baju )
3. Johor Premium Outlet ( hoho tempat lawatan ke ni?)

Tasik
1. Tasik Kenyir ( serius besar giler fuh )
2. Tasik Bandung Hutan Belum ( Royal Belum - fuh masyarakat org asli masih malu2 wo )

Taman
1. Taman Negara Tanjung Piai  ( wajib pergi ni sampai ke penghujung benua asia )
2. Taman Negara Endau Rompin ( mmg mencabar )
3. Taman Kuala Gandah ( tempat pemuliharaan Gajah )
4. Taman Rusa ( Deer land menarik dan murah sgt! )

5. Taman Tamadun Islam ( TTI Terengganu haaha macam melancong ke luar Negara )


Luar Negara
1. Tak Bai Thailand ( naik bot pancung je haha giler ahh )



2. Ho Chi Min City Vietnam ( sangat di galakkan dan tempat menarik sgt2 )

3. Bandung Indonesia ( perghhh pengsan  )


4. Universal Studio Singapore ( erkk pengsan )






5. Abu Dhabi UAE ( insyaAllah )







sambung esok pulak