Tuesday 13 August 2013

Trip ke Abu Dhabi dan Dubai


Assalamualaikum kepada semua pembaca , saya doakan anda semua sihat walafiat dan kaya serta berjaya!

Kesempatan ini sy ingin berkongsi pengalaman berharga yang saya perolehi semasa lawatan saya ke 2 bandar Emas dunia iaitu Dubai dan Abu Dhabi...

3 Perkataan yang boleh saya simpulkan tentang kedua2 bandar ini iaitu MEWAH, EMAS, PANAS ;-)





Kenangan 1 kilo emas dipamerkan dengan selamba di tepi jalan ;-)


Abu Dhabi (Bahasa Arabأبو ظبي‎ ʼAbū Ẓabī, secara harfiah "Bapa Zabi") adalah ibu negara emiriah dengan nama sama, bandar terbesar dari tujuhemiriah yang terdirinya Emiriah Arab Bersatu. Ia adalah bandar raya terkaya di dunia dan terletak di utara pusat EAB. Bandaraya ini terletak di sebuah pulau berbentuk T mengunjur ke dalam Teluk Parsi dari pantai tengah barat. Kira-kira 1,000,000 orang tinggal di sana pada 2000, dengan kira-kira 80% penduduknya orang asing.

Bertolak ke Abu Dhabi dari KLIA - Doha - Abu Dhabi



Singgah di Doha Qatar

Keluar duit dari ATM Qatar utk membeli sarapan

Singgah di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.

Rekod dunia

Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:

  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.

Jalan lurus dan cantik. Pemandangan yang indah dibarisi pohon Kurma


Sampai disana terus ke kedai mamak pekena Roti Prata. Kuah kari disini memang POWER!!!

Bank -bank pun banyak di Abu Dhabi

Pencakar langit di padang pasir 

Impian saya memiliki BMW X6 ini. Ya Allah permudahkanlah impianku..

mat rempit abu dhabi

show room bmw dan Mini cooper..


wah GOLD CENTRE betul2 mengugat keimanan di hari pertama..


Gold Centre pandangan belakang. Hotel tempat tinggal kami betul2 berhadapan dengan Gold Centre..TERUJA!!


Ajanta Jewellers
Dengan bantuan Tuan Syed kami berjaya meletakkan Dinar Emas Syifa di ruang pameran kedai emas ini.
Orang Dubai boleh dapatkan DInar SYifa di kedai ini.
Orang Malaysia boleh dapatkan di www.gsr2u.com.my/auragsr



Hari yang di nanti telah tiba....
MADINAT ZAYED SHOPPING CENTRE

Madinat Zayed Shopping Centre adalah tempat untuk pergi untuk membeli-belah antarabangsa. Di tengah-tengah bandar ia menawarkan pelbagai jenama dan kedai-kedai yang menawarkan segala-galanya pembeli arif dari tinggi akhir fesyen, minyak wangi, barangan rumah, barangan runcit, elektronik dan banyak lagi.
Dengan lebih daripada 70 kedai-kedai barang kemas yang menawarkan emas tradisional dan kontemporari, berlian dan barang kemas mutiara dari seluruh dunia, Madinat Zayed Shopping Centre adalah permata sebenar di bandaraya. Ia juga mempamerkan  Pusat Emas di Abu Dhabi. 



Di sini harga emas agak mahal sedikit berbanding Dubai. tapi masih murah berbanding Malaysia.

Pergi waktu pagi maka agak sunyi..



Cukup sampai di sini dulu perkongsian saya. Saya akan sambung hari kedua di Dubai dengan paparan foto dan info kedai emas yang murah2..

Thursday 16 May 2013

Hobi saya melancong!

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi,

Saya mulakan posting kali ini dengan ucapan Alhamdulillah atas pendaftaran syarikat terbaru kami iaitu Al Syifa Global Adventures. sebenarnya kami nak namakan sebagai Al Syifa Travel & Tours tp pegawai di SSM kata perkataan TRAVEL & TOURS dilindungi oleh kementerian pelancongan. entah betul entah tidak hahaha saya pon terpaksa ambil masa 10 minit utk pilih nama baru . maka wujudlah AL SYIFA GLOBAL ADVENTURES.

Ok , perkara kedua ialah sy akan menceritakan semua aktiviti pelancongan yg saya lalui sepanjang 2010 - 2013 ini. baru 3 tahun pandai jalan2 sebagai ganjaran penat berniaga ;-)

sy senaraikan semua tempat yg telah sy pergi dan akan pergi utk 3 tahun ini. Dulu sy banyak habiskan berjalan-jalan di sekitar Malaysia la ni dah pandai sket ke luar negeri kerana Air Asia tawarkan tiket yg murah giler. so rajin2 baca blog sy utk tawaran yg menarik.

Antara tempat yang best saya lawati adalah seperti berikut:

Tanah Tinggi
1. Cameron Highland ( masih sejuk kalau hujan haha kalau malam bertambah sejuk)
2. Genting Highland ( sejuk biasa2 + mahal dan bosan sket )

3. Fraser Hill ( erkk sejuk sebab hujan aritu  tp jalannya perghhhh )
4. Bukit Tinggi ( menarik utk family sbb tempat terhad )
5. Gunung Jerai ( boleh la gi jalan2 , pokok periuk kera bersepah2 dan alam buniah wowo)

Pulau
1. Pulau Pinang ( hahaha tempat saya study ni haahaha nasi kandar terbaik )
2. Pulau Langkawi ( belanja agak tinggi sila bawak duit byk2 )
3. Pulau Kapas ( pulau tercantik yg pernah sy pergi, pasir pantai halus mulus!
4. Pulau Pangkor ( pon best first time main jet ski kat sini. )

5. Pulau Kazambo ( muauahau ni pulau latihan )

Shopping
1. Padang Besar Perlis ( boleh pergi murah tahap gaban kerana barang Thailand)
2. Rantau Panjang ( erkk boleh la utk beli baju )
3. Johor Premium Outlet ( hoho tempat lawatan ke ni?)

Tasik
1. Tasik Kenyir ( serius besar giler fuh )
2. Tasik Bandung Hutan Belum ( Royal Belum - fuh masyarakat org asli masih malu2 wo )

Taman
1. Taman Negara Tanjung Piai  ( wajib pergi ni sampai ke penghujung benua asia )
2. Taman Negara Endau Rompin ( mmg mencabar )
3. Taman Kuala Gandah ( tempat pemuliharaan Gajah )
4. Taman Rusa ( Deer land menarik dan murah sgt! )

5. Taman Tamadun Islam ( TTI Terengganu haaha macam melancong ke luar Negara )


Luar Negara
1. Tak Bai Thailand ( naik bot pancung je haha giler ahh )



2. Ho Chi Min City Vietnam ( sangat di galakkan dan tempat menarik sgt2 )

3. Bandung Indonesia ( perghhh pengsan  )


4. Universal Studio Singapore ( erkk pengsan )






5. Abu Dhabi UAE ( insyaAllah )







sambung esok pulak